Saturday 30 November 2013

Resepi Serunding Halia

morning all...nampaknya pagi ni cerah dan ceria. Hari ni nak buat serunding halia..Awak semua pernah cuba tak? Resepinya simple je.


Bahan-bahan:

  1. Halia (diparut menggunakan pemarut)
  2. Minyak masak (secukupnya)
  3. Ikan Bilis ( secukupnya)
  4. Perasa (Ajinomoto & Garam)- secukup rasa
Langkah-langkah:
  1. Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada. Letakkan di pinggan yang berasingan.
  2. Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.
  3. Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut tadi. Goreng sehingga ranggup.Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakka di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.
  4. Anda  boleh dihidangkan dipinggan atau letakkan ke dalam bekas makanan untuk disimpan kerana serunding halia adalah makanan yang boleh tahan lama dan dimakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, ia adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin di badan.

he2, selamat mencuba kawan-kawan. Resepi olyne ni mudah je dan senang dibuat. Jumpa lagi nanti.

No comments:

Post a Comment